Friday, August 28, 2009

JADIK TEBUAN????

uikh...bebulan pose nih mana bleh jadik tebuan. bebulan nih kita kena banyak2 bersabar dengan karenah tebuan eh manusia yang ada.... contohnya saya yang terpaksa bersabar dengan abang yang mengada-ngada nak guna laptop ngan brokban nih untuk keseronokkan dia bermain game sampai tak ingat anak isteri dah tu nak salahkan saya bila dia lambat bangun dan tak mampu buka mata untuk bersahur. gr.......sabo je le.......
sebenar-benarnya saya nak ucapkan ribuan terima kasih untuk yana yang telah mampu menukar dan mewarnai dunia belog saya dengan nippon paint eh bukan sehingga menjadi tebuan tanah. akhirnya kesuraman dan kebosanan yang melanda belog saya yang dua nih dapat diatasi setelah mengenali seorang kawan yang bernama yana...wa......sukanya boleh berkawan dengan beliau yang banyak ilmu dan boleh mengajar saya yang langsung tak tahu dan buta dan baru nak celik it nih dan kesian kat saya...sebelum nih memang takde idea langsung nak tukar canne wallpaper nih padahal yang orang lain punya bukan main lagi lawa dan kiut dan miut dan lagi dan lagik.....dalam hati punyalah jaki+bengang+marah=benci sesangatttttttt ngan belog orang lain tapi hari ni saya dah senyum......hehehe....sampai nampak gusi!
trimas......(nak mandi jak nih.hehehe)

Thursday, August 27, 2009

RENTETAN PERISTIWA BERDARAH

pergh.....takut saya dengan tajuk yang telah saya taipkan tersebut. bunyinya macam kejam sangat je padahal benda alah ni tak seberapa pun bahkan macam langsung takde kaitannya dengan tajuk yang diberi. sesaje je melalut sampaikan ke new york tuh.....
benda yang nak diceritakan cuma ini je. part 2 cerita kem yang terpaksa dan dipaksa saya pergi tu. kata tak besst, tp post sampai 2 entry!hahhahahhahaha.....bukan apa, bukan nak riak mahupun takbur jauh sekali nak sombongkan diri sebab boleh pergi kem yang tak seberapa tuh, tapi saje je nak memperhebatkan cerita konon-kononnya kem ni tersangatlah hebat dan tahun depan boleh mintak lagi! ces......!tobat tak nak!!!!!katakan taknak pada kem!
oleh kerana tanpa sedar saya melipat baju dan meletakkannya didalam beg secara begitu berhati-hati dan bersopan santun alahai anak sape lah ni maka saya terpaksa enjoy dengan hari2 yang dijangka mendatangkan keseronokkan.tapi memang seronok sangat dengan memember baru nak lama tuh dan kami seronokkan keadaan dengan gile bergambar!!!!
tak nak banyak cerita, kalu rasa nak tengok dipersilakan tengok gambar yang sikit punya banyak skill tapi tak cantik sangat sebab cuma guna enset je. enset saya yang murah plak tuh.....sedey....

mulakan pagi anda dengan menangkap gambar!!!hohoho



tengok mata pun bengkak lagi sebab tak lena tidur diganggu oleh anasir2 luar yang cemburu melihat kegembiraan kami yang dah tua tapi berlagak macam kanak-kanak ribena riang. ces.....




bergembira pada kadar kegembiraan yang melampau sehingga langsung tidak hingat donia dan para-para sakura eh fasi yang memerhati dari jauh tanpa mampu berkata apa-apa. hahaha...kamilah peserta yang paling jahat di abad ini...


BALIK TIME!!!!!!!!!!!

gambar yang langsung takde motif. ikut je lah apa yang k.ain suruh buat. kami dah jadi orang suruhan. tulun!!!!!


satu...empat...lima...eh, sifir brape tuh?

time naik bas yang best tapi tengoklah muka yang tak best tuh dan monyok dan berminyak boleh dibuat minyak goreng ikan tapi tetap memberikan senyuman yang menawan walaupun muka dah hipokrit giler dalam hati dah menyumpah seranah...ops, tragedi nih tak pose lagi!

Monday, August 24, 2009

KEM???


letih. ikutkan letih dan malas memang saya langsung tak berminat nak pergi tapi bila terkenangkan kakak ipar yang begitu bersemangat waja mengalahkan saya yang bergelar peserta nih saya terpaksa akur dengan surat tawaran yang datang melayang-layang.adus....ditambah lagi dengan keadaan yang langsung tidak memiliki kawan mahupun teman untuk berbual serta berbicara, semangat saya bertambah luntur walaupun dengan pengguna breeze color sekalipun.
TETAPI....
apa yang saya bimbangkan tuh langsung tak jadi kenyataan. saya dapat kawan yang rapat dan sangat rapat sampaikan saya tak percaya yang kami sebenarnya baru je berkenalan pagi tadi!!! hahahaharunsalimbachik.....kami tiga kepala [istilah yang betol okey....] tiga badan,tiga helai baju dan seluar tapi kami satu pendapat. kenapa???tak percaya e??? saya pun tak percaya tapi inilah takdir Allah S.W.T..kalaulah saya menolak tawaran nih, tentunya saya takkan jumpa dengan kengkawan yang sangat2 best giler sampaikan saya pun dah hampir2 nak giler melayan karenah diorang yang senak tak tau apa tapi hakikatnya perangai sayalah yang terlebih senak berbanding diorang hahhahampeh betol saya....
tapi kem nih memang best, memang happening gilo baban macam gaban dan suria baja hitam masuk dalam jamban dan stop!!!sambung balik. tapi kem nih memang best. memang layan jerk walaupun urusetia langsung tak best, tak senyum dan tak mesra alam sekitar padahal kami memang dah duduk dalam hutan yang sememangnya dekat serta melambangkan alam semulajadi tapi urusetia memang langsung tak menjadi!letih taip!kalu tau *** yang ambik kem nih, tobat saya tak pergi!!! dahlah kami tiga orang kena mark ngan fasi2 yang ramai tuh. mana taknya kami gilo sakan ambik gambar sambil bergaya macam budak tak sihat dan tanpa segan silunya membuat bising ketika video ditayangkan, makan ketika majlis rasmi sebab terpaksa duk kat depan sekali kononnya kami kena sopan macam golongan VVIP sedangkan kami macam hantu nih mana boleh duk diam. tapi yang bestnya bila perkhidmatan kumpulan kami diperlukan. rasa macam tak percaya tapi kena jugak percaya dengan khabar angin yang bertiup kencang menandakan paras air meningkat dan amaran berjaga-jaga dikeluarkan oleh pihak stop!! bila Kak Ain terpilih dan terpaksa rela menjadi MC.hahhahaha gempak!!! tapi Kak Ain memang best!
apapun saya enjoy dan alhamdulillah diatas rezeki yang Allah bagi kepada hambanya yang kurang segala2nya nih..........[sesiapa yang baca nih, sila baca dengan nada merendah diri okey....time kasih]
habis......

MAK SAYA

dilanda kebosanan tahap cipan berkepala hijau saya terus terpanggil untuk membuat sebarang dua tiga coretan yang tidak seberapa bagus seperti penulis yang lain tetapi saya mencuba!hohoho saya kagum pada diri saya sendirik..
ramadhan membawa makna yang tersendirik bagi saya insan yang lemah lagi hina ni. dengan kebosanan yang ada ini bukannya saya terkam untuk membuat ibadah banyak2 supaya saya menjadi jutawan bahkan saya gunakan kesempatan ini untuk berbelog uikh teruk dan huduhnya perangai saya. Allah ampunkan saya....apa nak cerita tadi ek....?
ok kita berbalik jalan yang benar. saya mendapat idea untuk mencoteng selepas mendengar lagu WANITA dari kumpulan dehearty. bait2 nya yang puitis mengingatkan saya kepada mak saya yang juga wanita walaupun hakikatnya mak sedang tidur2 ayam didapur dan saya cuma berada di ruang tamu hahaha hampeh betol saya nih. ramadhan ni membuatkan mak agak letih melayan karenah anak2nya yang mempergunakan bulan ramadhan untuk memujuk dan merengek tak tentu hala mintak mak masak makanan kegemaran. tak sedar diri dah tua bangka tak macam saya yang masih muda remaja. hohoho... macam2 permintaan telah disalurkan melalui ikim.fm eh bukan melalui mulut mereka yang tulus mulus berkata-kata. mujurlah saya agak tidak tahu untuk memasak makanan kegemaran mereka kalu tak tentunya dengan saya-saya jugak yang diangkut untuk dijadikan bibik di bulan puasa. mujur.....untuk mak, sabarlah melayani anakmu ini..apa pun, mak tetap teristimewa dihati saya..!
pinta saya pada Allah, panjangkanlah kebahagiaan keluarga kami, ya Allah....
amin..

MANUSIA...

dah masuk 3 ramadhan inilah berita yang akan disampaikan oleh sipengambilgambar. heheheh...intro yang ceria walaupun hakikatnya dihati ni hanya Allah je yang tahu betapa serabutnya kepala saya, betapa ligatnya kepala saya untuk berfikir dan terus berfikir dan berfikir lagi dan lapan lagi dua tiga empat lapan lapan lagi stop!
kekadang saya terfikir sendiri walaupun bukan secara perseorangan dan kadang-kadang dengan memember yang ramai pun boleh fikir sendirik gak tentang kenyataan manusia akan lebih menghargai apabila tidak lagi memiliki...
maksud hadith eh bukan kenyataan tu ialah kita akan sayang sakan kat sesuatu @ manusia lain bila dia dah takde. contohnya bila dah clash barulah kita mula menangis dan merintih dengan takdir Allah meraung sehingga basah bantal yang baru je mak tukar sampulnya padahal semua tu takkan jadik kalu kita jaga hubungan tu sebest2nyer....panjang kata, kita tak bersyukur dengan apa yang Allah bagi kat kita. bukan nak ucapkan Alhamdulillah tapi kita taruk tepi je dengan nikmat Allah. tapi bila Allah dah tarik balik semua tuh barulah kita terhegeh2 ambik air sembahyang nak cari sejadah bahkan sanggup untuk sembahyang sujud sejadah sedangkan sebelum ni sejadah pun tak kenal. aduh......
kepada semua juga mohd b dan saya tidak terkecuali diberi nasihat ini, semoga kita sama2 mensyukuri menghargai menyayangi dan yang seangkatan dengan meng yang lain dengan apa yang kita miliki. jangan bila dah takde dah meninggal sehingga kena buat tahlil 40 hari barulah kita nak menyayangi menyangjungi sehingga kita bagi gelaran tan sri dan macam2....